Ketika cuaca panas-panas begini, memang sedap kalau dapat basahkan tekak dengan aiskrim ! Tapi bulan-bulan puasa ni malas pula rasanya nak ke kedai semata-mata nak beli aiskrim. Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah ?
Siapa dekat sini suka aiskrim keladi ? Kalau nak tahu, sebenarnya aiskrim ini sangat senang untuk dibuat di rumah. Resepi serta cara penyediaan aiskrim ini telah dikongsikan oleh pembuat aiskrim di Tiktok, Zam Aiskrim.
Hantaran perkongsian resepi yang sudah mencapai lebih 1 juta tontonan ini buatkan netizen geram untuk uji skill masing-masing dalam buat aiskrim keladi homemade. Jom kita tengok cara penyediaan aiskrim keladi yang ringkas !
Bahan-Bahan :
Cara-Cara :
Anda juga boleh tonton video cara buat aiskrim keladi homemade di bawah. Tengok sampai habis tau!
@zamaiskrim Aiskrim Keladi Homemade #fyp #aiskrim #aiskrimkeladi #aiskrimviral
@zamaiskrim Aiskrim Keladi Homemade #fyp #aiskrim #aiskrimkeladi #aiskrimviral ♬ DJ burung puyuh dimakan biawak – DJ ManikCi
Menjengah ruangan komen Zam Aiskrim turut mencadangkan untuk ubah suai resipi mengikut cita rasa. Bagi yang inginkan rasa keladi yang kuat, anda boleh tambahkan lagi perisa keladi. Kalau nak letak keladi betul yang direbus dan dipotong kecil-kecil pun boleh.
Mudah saja rupanya nak buat aiskrim keladi homemade. Lepas ni, bolehlah anda nikmati puas-puas bersama keluarga semasa berbuka nanti. Nak buat pencuci mulut sempena Hari Raya pun boleh juga. Selamat mencuba !