Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ais Krim Milo 3 in 1!! Confirm Kalah Dalgona Coffee

Resepi Ais Krim Milo 3 in 1!! Confirm Kalah Dalgona Coffee

Kategori: ,

Sempena musim berkurung ni, macam-macam resepi yang terwujud. Dalgona coffee la lepastu Dalgona Green Tea Latte la. Nah sekarang Daily Makan nak share resepi untuk buat Ais Krim Milo 3 in 1 yang paling wow! Sangat mudah dan yang pasti amat sedap.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 5 Pack milo 3 in 1
  • susu cair atau susu segar | 300ml
  • Batang kayu ais krim/ stick plastik
  • Coklat cair | untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:

1. Sediakan pack milo 3 in 1

2.Sediakan susu cair atau susu segar sebanyak 300ml. Kalau tak ada susu, guna air suam pun boleh.

3. Buka paket Milo 3 in 1 dan campurkan ke dalam susu cair / segar. Paket tu jangan buang dulu.

4. Kacau sehingga rata dan sebati

5. Tuangkan susu pekat sebanyak 100ml ke dalam campuran susu dan milo tadi. Kacau sehingga sebati.

6. Tuangkan ke dalam paket plastik Milo 3 in 1 tadi.

7. Letakkan batang kayu aiskrim ke dalam paket tersebut.Kalau tak ada batang kayu aiskrim, guna stick plastik pun boleh.

8. Hiaskan dengan coklat cair jika ada.

9. Tadaaaaaa dah siap pun. Lembut dan sedapppppp ?. Selamat mencuba

Selamat Mencuba ye!

Kredit : Mohammad Sayuti II

 

 

tags: