Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Gebu Gebas Dari Tepung Ini, Memang Gebu Sungguh. Sedap Pula Tu!

Resepi Apam Gebu Gebas Dari Tepung Ini, Memang Gebu Sungguh. Sedap Pula Tu!

Kategori: ,
resepi apam gebu gebas

Apam Gebu Gebas merupakan antara kuih yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Jika dahulu orang-orang tua sahaja mahir membuat kuih ini namun lain pula dengan zaman sekarang. Orang-orang baru atau orang muda pun dah pandai buah kuih ni.

Lebih sedap lagi kalu apam tersebut kembang lain macam. Memang gebu gebas dan lebih sedap. Rupa-rupanya kena gunakan tepung yang betul. Seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Hadirah ini di mana dia hanya menggunakan tepung cap rose.

Namun hasilnya sangatlah gebu dan sungguh tampak menyelerakan. Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi di bawah ini. Yang penting jangan derhaka resepi ya!

Cara Buat Apam Gebu Gebas Guna Tepung Cap Rose Yang Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur *
  • 1/2 cawan gula * ( Tak mahu manis boleh kurangkan)
  • 1/2 sdb ovalet *
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sdk baking powder
  • 1/2 sdk soda bikarbonat
  • Esen vanilla
  • Pewarna

Cara Penyediaan:

  1. Mixed bahan bertanda * sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi.
  2. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanilla, mixed lagi.
  3. Akhir sekali masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat yang siap di ayak dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati.
  4. Bahagi kepada 2 bahagian, titik sedikit pewarna yang kita nak.
  5. Sapu acuan dengan minyak, tuangkan adunan.
  6. Kukuskan selama 10 minit.
  7. Siap sedia untuk dihidangkan.

Nota: Pastikan air kukusan mendidih dahulu dan penutup dibalut dengan kain.

Mudah sahaja kan nak buat Apam Gebu Gebas ini? Yang penting hasilnya sangat cantik dan memang sedap. Ikut je resepi ini satu-satu memang menjadi punya. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom lah kita cuba sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Hadirah Via BIKMM

Baca juga: Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resepi Apam Pisang Cheese Yang Super Sedap, Nak Buat Pun Mudah Je!

tags: | |