Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Resepi Apam Kampung Yang Sangat Sedap Dan Menggebukan. Sekali Makan Nikmatnya Tak Terkata

Resepi Apam Kampung Yang Sangat Sedap Dan Menggebukan. Sekali Makan Nikmatnya Tak Terkata

Kategori:

Siapa suka makan apam kampung ini? Kalau zaman dahulu, apam kampung merupakan antara kuih yang sangat popular apabila ada apa-apa majlis. Tetapi kini kuih atau makanan ini bagaikan dilupakan. Bahkan ada sesetengah anak muda tak kenal kuih apam ini. Rasanya memang sedap sangat, dimakan pula bersama dengan kelapa parut atau kuah gulai memang menjadi.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 keping gula melaka
  • 1 sk garam
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 2 cawan air

Bahan B :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 paket yis mauripun

CARA PENYEDIAAN:

  1. Semua bahan A di masak sehinga gula hancur. Kemudian sejukkan
  2. Gaulkan sebati bahan B. Kemudian masukkan bahan A yang disejukkan tadi.
  3. Kacau sehinffa sebati, kemudian perap selama 1 jam.
  4. Panaskan pengukus, sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  5. Sebelum masukkan ke dalam loyang kacau terlebih dahulu adunan untuk membuang angin.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1/2 jam.
  7. Untuk kelapa parut, kukus sekejap kelapa parut dengan sedikit garam bagi mengelakkan kelapa cepat masam.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Noriza Awang Hamat

 

tags: