Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Apam Mekar Unicorn Yang Gebu Dan Lembut Ni, Confirm Anak-Anak Suka! Habis Licin Di Sapunya

Jom Buat Apam Mekar Unicorn Yang Gebu Dan Lembut Ni, Confirm Anak-Anak Suka! Habis Licin Di Sapunya

Kategori:
resepi apam mekar unicorn

Apam mekar merupakan antara kuih yang sangat terkenal di Malaysia. Teksturnya yang lembut dan gebu pasti menambahkan lagi keenakkan apam mekar ini. Bermacam-macam warna dan bentuk yang kita boleh sediakan. Antaranya ialah apam mekar unicorn ini. Cantik kan? Anak-anak pasti suka apam yang cantik dan gebu macam ni kan. Nak menyediakannya sangat mudah. Jom kita ikutti resepi yang dikongsi oleh Shafida Azlin ini.

Jom Buat Apam Mekar Unicorn Yang Gebu Dan Lembut Ni, Confirm Anak-Anak Suka! Habis Licin Di Sapunya

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air ice cream soda F&N
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu ovallete
  • 1 sudu kecil vanilla essence

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan 3 biji telur gred A dan 1 sudu ovallete.
  2. Kemudian masukkan pula 1 cawan gula
  3. Setelah itu putarkan bahan sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan pula 1 cawan ais krim soda F&N.
  5. Masukkan 2 cawan tepung gandum.
  6. Kemudian putar sehingga sebati.
  7. Masukkan pula 1 sudu kecil esen vanila
  8. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warna dan masukkan ke dalam piping beg.
  9. Akhir sekali masukkan ke dalam cupcake secara berselang seli.
  10. Kukus dalam masa 5-7 mnit dengan api yang kuat.
  11. Siap untuk dimakan. Gebu kan?

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Shafida Azlin

Baca juga: Resepi Apam Nasi Berperisa Pandan Yang Gebu Gebas, Bila Ngap Terasa Nikmatnya, Sedap Sangat!

tags: | |