Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Polkadot Yang Gebu Dan Comel, Menjadi Kegemaran Anak-Anak

Resepi Apam Polkadot Yang Gebu Dan Comel, Menjadi Kegemaran Anak-Anak

Kategori: ,
resepi apam polkadot

Apam polkadot ini comel kan? Memang sangat-sangat menarik minat anak-anak. Dekat luar sana, banyak je yang jual tapi kadang-kadang tak gebu dan kurang enak. Kalau nak dapatkan apam polkadot yang gebu, comel dan sedap, boleh rujuk resepi ni. Sekali buat, confirm dah licin.

Resepi Apam Polkadot Yang Comel Dan Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum 2 1/2 cawan
  • Baking powder 3 sudu kecil
  • Telur gred A 3 biji
  • Gula halus 1 1/3 cawan (1 cawan kalau nak kurang manis)
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Ovalette 1 sudu kecil
  • Susu cair 3/4 cawan
  • Filling (ikut suka)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kukus air dulu sementara nak siapkan adunan
  2. Mix telur, gula halus, ovalette & esen vanilla dgn max speed sehingga adunan putih & kembang (6-7 minit)
  3. Masukkan susu cair, tepung gandum yang dah diayak dgn baking powder & mix dgn min speed sampai sebati
  4. Bahagikan adunan & letak pewarna ikut suka masing2
  5. Letak papercup dalam acuan kuih lompang
  6. Paip adunan separuh papercup & letak filling lepastu penuhkan papercup. dah penuh boleh letak dot2
  7. Kukus 10 minit api kecil.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Ainna Rozimi Via MAHN

Baca juga : Jom Buat Apam Mekar Unicorn Yang Gebu Dan Lembut Ni, Confirm Anak-Anak Suka! Habis Licin Di Sapunya

tags: