Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Susu Lemah Lembut, Memang Betul-Betul Gebu & Sedap

Resepi Apam Susu Lemah Lembut, Memang Betul-Betul Gebu & Sedap

Kategori: ,
Apam Susu

Apam susu, sesuai dimakan untuk minum petang sebab tak muak. Anak-anak pun pasti suka sebab apam susu ni memang gebu dan lembut. Jom cuba!

Resepi Apam Susu Lemah Lembut

Bahan-bahan:

  • 4 bj telur gred A@B (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdb ovelatte
  • 4 sudu susu pekat (suhu bilik)
  • 1½ cwn tepung gandum
  • Pewarna

Cara-cara:

  1. Blend telur, susu, gula, esen vanilla dan ovelatte sampai kembang (saya blend 5 minit)
  2. Masukkan dalam bekas dan bubuh tepung. Gaul sebati dan bahagikan kepada 2@3 bahagian dan letak pewarna.
  3. Panaskan pengukus.
  4. Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan beselang warna mengikut citarasa sendiri.
  5. Kukus selama lebih kurang 40 minit.
  6. Siap!

Tips:

  • Cawan yang digunakan untuk menyukat tepung dan gula mestilah sama. Saya guna cawan plastik rice cooker.
  • Pastikan air betul2 mendidih terlebih dahulu dan balut tutup periuk dengan kain.

 

Kredit: Zainab Abu Bakar

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi ‘Oreo Melt Cheese Leleh Viral’, Mudah Sangat Nak Buat!

tags: