Sejak dah boleh buat jamuan di rumah dan sekolah, pasti ramai yang ambil peluang untuk masak macam-macam hidangan untuk anak-anak.
Bagi ibu-ibu yang sedang mencari resepi sesuai untuk dibuat untuk anak-anak, apa kata anda cuba resepi apam teddy bear yang enak dan gebu ni.
Nampak macam susah, tapi caranya mudah saja sebenarnya. Anak-anak pasti sukakannya. Sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah atau sambutan Hari Jadi anak dan sebagainya. Confirm berebut!
Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Habsah Ngah ini!

Resepi Apam Teddy Bear Yang Gebu dan Enak, Anak-Anak Pasti Suka!
Bahan-bahan (Sukatan untuk 2 adunan) :
- 3 biji telur gred A/B. Pastikan telur disimpan dulu dalam peti ais. Bila nak guna baru keluarkan.
- 1 sudu besar Ovelette
- ¾ cawan gula castor/gula pasir halus
- 1 sudu kecil Esen vanilla
- 125 ml susu cair
- 2 cawan setengah tepung gandum*
- 1 sudu besar baking powder*
(ayak bahan-bahan bertanda*)
Cara-cara :
- Mix high speed telur, gula, ovelette sampai gebu dan ringan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla. Mix lagi.
- Masukkan pula tepung gandum + baking powder. Selang selikan dengan susu cair. Campurkan perlahan-lahan sampai adunan sebati.
- Bila dah siap adun, asingkan adunan kepada 3 bahagian. Koko pekat 10% untuk hidung dan mata sahaja.
- Koko lembut 30%, warna ori 40%.
- Resepi ini gunakan koko jenama Star Brand. Anda juga boleh letak sebarang jenis jem ikut citarasa masing-masing. Resepi ini gunakan jem blueberry.

- Kita mulakan dengan buat telinga teddy bear dulu. Untuk telinga, gunakan warna koko lembut dan warna ori. Titikkan saja pada loyang yang sudah disapu minyak.

- Kemudian, kukus dalam 3 minit. Selepas dah siap kukus, sejukkan dan keluarkan dari loyang. Ini rupa dah siap kukus. Kalau nak buat bentuk bujur sedikit pun boleh.
- Susun paper cup dalam acuan. Picit separuh dari paper cup aduan warna ori. Picit pula jem.

- Picit lagi adunan koko lembut sampai paras ¾ dari cup. Jangan picit sampai penuh. Tinggalkan ruang sedikit sebab ada adunan nak tambah nanti.

- Boleh letak telinga dekat tepi cup tu. Tekan-tekan manja saja untuk elakkan telinga tenggelam.
- Bentukkan bulat besar sedikit untuk hidung dan mulut dengan warna ori.
- Bentukkan sedikit bahagian hidung menggunakan pisau atau lidi.



- Untuk mata, mula-mula picit coklat pekat dulu. Untuk hidung, gunakan warna coklat pekat.
- Kemudian, titikkan pula dengan warna ori pada mata teddy bear.

- Dah siap untuk dikukus. Kukus dalam masa 7 minit sahaja dengan api sederhana kuat.

- Apam coklat teddy bear siap untuk dihidangkan.

Comel betul apam teddy bear ni. Pasti anak-anak teruja untuk kongsikannya dengan kawan-kawan. cara buatnya pun tidaklah begitu rumit. Selamat mencuba!
Sumber : Pn Habsah Ngah