Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Asam Laksa Original Versi Cina, Kuah Pekat Dan Isi Ikan Berketul, Memang Padu!

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina, Kuah Pekat Dan Isi Ikan Berketul, Memang Padu!

Kategori: ,,
asam laksa original versi Cina

Anda peminat asam laksa? Asam laksa memang sedap dimakan panas-panas kan? Hirup pulak kuah yang dipenuhi dengan rasa ikan tu memang mantap lah. Biasanya, kalau di mana hari yang kita tak lalu nak makan nasi, asam laksa lah yang menjadi pilihan.

Kalau beli dekat luar, semangkuk asam laksa paling murah pun dalam RM7 kan? Jadi, bagi penggemar hidangan ini, kami ingin menyediakan satu resepi buat korang supaya korang boleh buat dekat rumah.

Siapa yang suka makan Ah Cheng Asam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana. Jom lihat resepi membuatnya di bawah.

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina, Kuah Pekat Dan Isi Ikan Berketul, Memang Padu!

Bahan-Bahan Pes:

  • bawang besar
  • bawang merah
  • bunga kantan sebatang
  • kunyit hidup saiz jari kelingking
  • lengkuas saiz ibu jari
  • serai 5 batang
  • asam keping 10 keping
  • cili merah
  • cili kering
  • belacan 2 sudu besar (bakar)

Bahan-Bahan Sampingan:

  • daun pudina
  • nenas
  • bunga kantan
  • otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
  • timun
  • salad
  • bawang
  • cili api

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit sahaja.
  2. Tumis sehingga naik bau. asam laksa original versi Cina
  3. Bila dah wangi, masukkan asam jawa agak-agak 2 sudu besar yang dibancuh dengan air, bunga kantan 2-3 kuntum dan daun kesum. asam laksa original versi Cina
  4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-ketul macam ni. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap dalam ikan. (Ikan untuk resepi ini saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin / selayang pun sedap.
  5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair. asam laksa original versi Cina
  6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa. Otak udang ni manis, kalau terletak lebih kuas akan jadi manis. asam laksa original versi Cina
  7. Ni rupa otak udang, pes udang. asam laksa original versi Cina
  8. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-ketul ke dalam mangkuk. asam laksa original versi Cina

Selamat mencuba dan menikmati hidangan asam laksa original versi Cina semuanya!

Sumber: Faiza Halim

Baca juga: Cara Buat Tauhu Telur Homemade Cara Mudah, Guna 3 Bahan Sahaja, Cubalah!

tags: | |