Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ada Ke Yang Suka Asam Pedas Daging Tetel? Ini Dia Cara Mudah Membuatnya

Ada Ke Yang Suka Asam Pedas Daging Tetel? Ini Dia Cara Mudah Membuatnya

Kategori: ,

Daging tetel merupakan daging yang mempunyai urat dan lemak. Disebabkan urat dan lemak itulah yang membuatkan daging tetel ini bertambah sedap. Dan teramat sedap lagi sekiranya anda masak asam pedas daging tetel. Kalau musim raya korban, daging tetel ini memang mudah je nak dapat. Jadi boleh lah merancang dari sekarang memandangkan raya korban beberapa hari sahaja lagi.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging tetel
  • 15/20 tangkai cili kering *
  • Bawang merah kecil 4 biji *
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia 1 inci*
  • Lengkuas 1 inci *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Belacan 1 inci*
  • 1 sdk lada hitam*
  • 1 sdk jintan manis*
  • 1sdk jintan putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka (guna sikit sahaja kalau tak suka manis sangat)
  • Garam secukupnya
  • Daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 3 batang serai ketuk

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam dalam air panas cili kering, jintan dan lada hitam.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga halus.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sampai garing.
  4. Masukkan daging tetel. Masak sampai keluar air daging tadi.
  5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.
  6. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Masak sampai daging empuk.
  7. Kalau nak rebus daging tetel dulu pun boleh juga tapi air rebusan jangan dibuang, boleh masukkan dalam kuah nanti.

SELAMAT MENCUBA!

 

tags: | |