Dengar je ayam bakar madu pasti korang telan air liur kan. Mana taknya , terus terbayang kesedapan ayam berwarna merah yang nampak berjus dan gebu. Tak lama lagi dah nak bulan puasa , pasti ayam bakar madu ni jadi pilihan juadah berbuka korang. Nak beli kat bazar pun duit kering. Baik korang buat sendiri.
Pertama sekali yang paling penting untuk buat ayam bakar ialah bahan perapan. Bahan yang fresh mampu menaikkan lagi aroma ayam bakar semasa kita sedang membakarnya. Untuk dapatkan rasa ayam bakar madu yang sedap, korang kena perap sekurang-kurangnya dalam masa 2 hingga 3 jam. Tu yang paling minimum. Nak lagi sedap, perap semalaman. Confirm korang akan rasa bahan perapan hingga ke tulang ayam.
Nak bakar ayam pun kena tahu cara-cara yang betul jugak. Kalau main bakar jee, alamatnye hitam legamlah ayam tu nanti. Betul-betul terbakar. Harini saya share satu teknik bakar ayam yang sangat simple. Okay, kalau nak bakar ayam tu korang kena pastikan jarak antara bara dan jaring tu jauh sikit. Baru lah ayam korang tak hangus. Isi ayam pun senang masak dan confirm ayam korang masak dengan sempurna.
Dah tahu macam mana nak bakar kan. Jom saya kongsikan resepi ayam bakar madu yang terbaik tradisi turun menurun keluarga saya.
1. Potong ayam ikut size yang korang nak .
2. Campurkan kesemua bahan perapan tadi dalam satu bekas.
3. Sesudah saja menyiapkan bahan perapan, masukkan ayam yang telah dipotong dan digaul rata.
4. Simpan didalam peti dan perap selama 2-3 jam.
Dah siap ! Senang jelaa kan. Main campak-campak je semua bahan tu. Takyah nak pikir panjang-panjang. Korang boleh lah try nanti untuk makan dengan family ataupun dengan kawan. Serius sedap gilerr.
Selamat mencuba!!