Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Bakar Madu Yang Terlajak ‘Laris’, Bila Makan Tak Cukup Satu Sedap Sangat!

Resepi Ayam Bakar Madu Yang Terlajak ‘Laris’, Bila Makan Tak Cukup Satu Sedap Sangat!

Kategori:
resepi ayam bakar madu

Ayam bakar madu merupakan hidangan yang sangat laris dan terkenal di Malaysia. Ayam bakar madu kebiasaannya kita boleh jumpai di pasar malam. Tapi kalau beli dekat pasar malam, asyik tak cukup kan? Jadi anda boleh je cuba buat sendiri. Sebab nak menyediakannya cukup mudah, barang-barang yang digunakan untuk membuat ayam bakar madu juga mudah untuk di cari.

Anda boleh cuba guna resepi ini. Nanti boleh makan bersama keluarga dengan apa-apa hidangan yang lain. Sama ada bihun goreng, nasi atau pun pasta. Anda juga boleh mengolah resepi ini ikut cita rasa anda. Sama ada  mahu membakar atas dapur arang, dalam ketuhar, panggang atas dapur biasa, guna pemanggang ajaib atau pun guna air fryer.

Resepi Ayam Bakar Madu Yang Terlajak ‘Laris’, Bila Makan Tak Cukup Satu Sedap Sangat!

BAHAN-BAHAN

  • 20 ketul ayam ( size sederhana )
  • 2 sdb Serbuk Cili Baba’s.
  • 5 sdb Gula.
  • 2 sdk Garam.
  • 2 sdb Maggie cukup rasa.
  • 1 sdk Serbuk Black pepper.
  • 2 sdb Madu.( guna sudu plastik )
  • Sedikit ajinomoto ( optional )

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas / tupperware bertutup kecuali ayam.
  2. Gaul semua bahan bagi sebati.
  3. Masukkan ayam yang telah di basuh bersih ke dlm bekas / tupperware dan perap selama 4 jam.
  4. ( Saya masukkan ke dlm peti ais selama tempuh perapan )
  5. Keluarkan ayam dan bakar dalam pemanggang ajaib sehingga masak sekata guna api yg perlahan.

P/S : Selalu pusing / kalih ayam madu tu takut cepat hangit/hangus.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nieza Rahim 

tags: |