Di serata dunia, Coca-Cola sudah menjadi minuman berkarbonat yang digemari ramai tak kira usia. Ia juga sangat mudah didapati di mana-mana. Rasanya yang manis dan masam sememangnya menyegarkan tekak, lebih-lebih lagi jika diminum ketika cuaca panas.
Namun, tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsikan resepi ayam Coca-Cola! Kata pengguna TikTok @ctalyh, walaupun kedengaran macam pelik, tetapi rasa hidangan ini sedap! Sekali imbas, nampak macam ayam masak kicap. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan.
Tak sangka pula Coca-Cola boleh jadi bahan untuk masak lauk ayam! Nampak pelik tapi macam sedap je! Anda nak cuba tak?
@ctalyh Siapa yg dm request tu dia yg kena pegang camera😂😂#alimasak #fyp #tiktokrecipe #trendingrecipeontiktok
Walaupun ramai yang pertama kali nampak Coca-Cola dijadikan ramuan dalam hidangan ayam, rupa-rupanya ramai netizen yang pernah mencubanya!
Menerusi ruangan komen, ada juga netizen yang mengatakan Coca-Cola adalah pengganti sesuai buat ramuan manus seperti madu atau gula perang.
Netizen yang berasal dari Sabah dan Sarawak juga akui yang hidangan pelik ini bukanlah perkara asing bagi mereka.
Kalau anda rasakan penggunaan Coca-Cola pun dah cukup pelik, rupanya ada juga yang gunakan air tin lain seperti Sprite untuk hidangan ni.
Selain itu, ada juga yang pernah gunakan Oren Soda untuk masak ayam masak lemon. Kreatif betul masing-masing!
Memang tak dinafikan agak menarik resepi ni walaupun nampak pelik. Jom cuba! Tapi jangan buat selalu sangat, ya sebab air tin ni kandungan gulanya tinggi.
Sumber : TikTok @ctalyh