Teringin nak makan ayam bercelup tepung atau ayam ala goreng KFC? Tapi dah bosan menggunakan tepung goreng Bestari bolehlah guna resepi kat bawah ini. Resepi ayam goreng kali ini tidak menggunakan apa-apa tepung serbaguna atau tepung instant. Ianya hanya menggunakan tepung jagung dan tepung protein tinggi. Pastinya lebih sedap dan menyelerakan!
Resepi Ayam Goreng Ala KFC 3 Bahan Sahaja, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi Lebih Sedap!
BAHAN-BAHAN
Bahan A :
Bahan B (untuk salutan )
- 1 kg tepung protein tinggi
- 250 gm tepung jagung
- secukup rasa/pasti sedap (ikut selera masing-masing)
CARA PENYEDIAAN:
- Perap ayam terlebih dahulu, uols boleh ikut la sesuai selera nak perap macam mana. Kakak tak perap sebab ayam ni untuk je.
- Kemudian campurkan bahan-bahan B.
- Ambil sedikit sahaja campuran bahan B tadi dan bancuhkan dengan sedikit air untuk celupan.
- Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung,gaul rata.
- Lepas tu celupkan ke dalam air celupan yang dah disiapkan tadi.
- Salut lagi ayam bersama tepung tadi sehingga korang dapat texture ayam tu macam ala-ala ayam goreng KFC gitu.
- Terus goreng ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Goreng ayam sehingga masak.
- Bolehlah dihidangkan.
P/S untuk dapatkan ayam goreng masak sekata.
- Pastikan minyak betul-betul panas sekata.
- Masak dengan api sederhana besar selama 5 minit.
- Setelah 5 minit turunkan pada api kecil dan goreng selama 15 hingga ke 20 minit.
- Last sekali naikkan kembali api ke sederhana besar,goreng sehingga 5 minit lagi.
- Angkat ayam dan toskan.
- Kalaw nak pedas,uols boleh tambahkan serbuk lada kering yer.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Umie Nurhayati
Baca juga: Lelaki Ini Dedah Resepi Ayam Goreng Cantik Berkuping Dan So Crunchy, Perlu Guna Teknik Ini Baru Menjadi!