Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Mentega

Resepi Ayam Goreng Mentega

Kategori:
resepi ayam goreng mentega

Ayam goreng mentega merupakan antara hidangan yang sangat sesuai untuk dimakan bersama dengan nasi atau pun di ratah begitu sahaja. Sama seperti ayam korea namun ayam goreng mentega ini pastinya lebih berlemak dan berjuicy.  Nak menyediakan ayam goreng mentega ini juga cukup mudah. Sekali buat terus jatuh cinta ye!

Cara Buat Ayam Goreng Mentega

Bahan-bahan :

  • Potong paha dan sayap (potong menjadi beberapa bagian)
  • 1 sdm serbuk bawang putih
  • Lada hitam secukupnya
  • 1/2 ulas bawang bombay/ bawang besar
  • 2 ulas bawang putih (cincang kasar)
  • 2 batang daun bawang
  • 2-3 sdm kicap english
  • 1 sdm sos tiram
  • Kicap manis secukupnya
  • Kicap masin secukupnya
  • Air secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • 3 sdm marjerin / mentega
  • Minyak goreng untuk menggoreng ayam

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan potogan ayam dalam bekas dan masukkan serbuk bawang putih, garam dan lada hitam. Perap selama 30 minit.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga kecoklatan. Angkat dan tapiskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan mentega kemudian tumiskan bawang bombay dan bawang putih yang dicincang sehingga harum.
  4. Tuangkan kesemua bahan sos dan kicap, gula, garam. Kemudian masukkan sedikit air dan cuba rasanya.
  5. Jika sudah cukup semuanya masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
  6. Akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau sehingga daun bawang layu.
  7. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit : sharlin_kitchen

tags: | |