Ayam goreng KFC atau pun MCD merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sekali sekala mesti teringin nak masak sendiri kan ayam goreng yang macam KFC tu. Sebelum ni asyik buat tak menjadi je. Tak ranggup lah apa lah. Tapi apa kata kali ini korang rujuk resepi yang dikongsi oleh Hafiz Zam di laman facebook MAHN.
Resepi Ayam Goreng Yang Mudah Dan Sedap, Rangup Dan Rasa Sebijik Macam KFC!
Resepi Perapan Ayam
BAHAN-BAHAN:
- 1kg Ayam (Semua jenis ayam)
- Bawang putih-(Blend)
- Tepung Gandum 150g(Ikot banyak ayam)
- Tepung Jagung atau Tepung Beras 80g. (Ikot banyak ayam)
- Garam(Secukup Rasa)
- Chicken Stock(secukup rasa)
- Telur 6biji(ikot banyak ayam)
- Serbuk cili 80g(Jika Nak Spicy)
- Blackpapper(Jika mahu rasa blackpapper)
- Air 80 ml(Ikot banyak ayam)
CARA PENYEDIAAN:
- Campur semua bahan kecuali ayam.
- Gaul bahan sampai sebati.
- Kemudian perapkan ayam ke dalam bahan perapan ini selama 1 jam.
Resepi Tepung Ayam KFC
BAHAN-BAHAN:
- Tepung Gandum 300g
- Tepung jagung atau tepung beras 150g
- Serbuk Cili(Jika mahu spicy)
- Garam (Secukup Rasa)
- Chicken Stock(Secukup Rasa)
- Blackpapper (Jika Mahu rasa blackpapper)
CARA PENYEDIAAN:
- Gaulkan semua bahan di atas.
- Kemudian masukkan ayam yang telah di perap ke dalam tepung tadi.
- Sebelum menggoreng, pastikan minyak panas dan api jangan terlalu kuat ye.
- Goreng selama 15 minit atau sehingga ayam masak.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Hafiz Zam Via MAHN
Baca juga: Nah Ini Dia Resepi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Rasanya Lebih Kurang Sama Je! Jom Buat