Pernah tak korang nak masak hidangan berasaskan ayam tetapi tak tahu nak masak cara jenis apa. Kalau goreng sahaja terlalu ringkas, dan kalau masak sambal, terlalu biasa. Jadi, buat korang yang buntu nak masak ayam macam mana dengan cara masakan lain, bolehlah masak resepi ayam kicap mayonis ni.
Nampak kuah pekat melikat tu pun dah tahu sedap kan. Resepi yang dikongsikan ini ada penambahan mayonis. Ia lagi menyedapkan rasa. Selain makan dengan nasi panas, sesuai juga makan dengan roti, nasi impiit mahupun ketupat. Bahan-bahan dan cara buat pun memang senang!
Resepi Ayam Kicap Mayonis, Kuah Pekat Melikat Sekali Makan Pasti Terpikat!
Bahan-Bahan:
- kicap manis (Fairuz suka guna kipas udang)
- sos cili
- mayonis
- 5 ulas bawang putih – dicincang halus
- bawang besar (dipotong)
- 1/2 batang serai diketuk
- 3 biji tomato (2 biji dicincang halus, 1 lagi potong dadu untuk hiasan)
- ayam yang telah siap digoreng
- ubi kentang yang telah siap digoreng *(ni ikut suka nak letak)
Cara Penyediaan:
- Tumis hingga serai garing.
- Masukkan bawang putih. Biarkan garing.
- Bila dah garing, masukkan tomato cincang.
- Masak hingga tomato hancur, tambah sedikit air.
- Bila dah hancur, masukkan sos cili, kicap, Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.
- Dah sebati barulah masukkan mayonis.
- Bila dah sebati mayonis, masukkan ayam, gaul lagi.
- Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng, tomato yang dipotong dadu dengan bawang besar.
- Masak sehingga pecah minyak.
Dah siap kita punya ayam kicap mayonis ni. Bolehlah hidang bersama nasi panas tau. Selamat mencuba dan menikmato buat semuanya.
Sumber: Fairuz Abu Hassan
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Idea Bento Menarik, Koleksi Hidangan Suku-Suku Separuh. Boleh Jadikan Rujukan Kalau Buntu Nak Masak Apa