Ini dia ayam kicap pedas. Rasanya sangat lain daripada lain, memang sedap sangat. Pedas-pedas manis pasti memikat selera anda. Kalau makan seketul dengan nasi putih memang tak cukup. Kalau ratah sahaja pun lagi tak cukup. Memang puas hati sangat makan ayam kicap pedas ni. Bagi peminat tegar makanan pedas, recommended sangat ni!
BAHAN-BAHAN:
- 12 ketul ayam
- 2 sudu biji ketumbar
- 1 1/2 labu bawang putih
- Kunyit
- Garam
- Daun kari
- Daun bay
- 2 senduk Kicap manis ABC
- 1 senduk Sos tiram
- 15 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
- Sedikit halia
CARA PENYEDIAAN:
- Blend ketumbar dan 1/2 labu bawang putih.
- Masukkan kedalam ayam bersama kunyit dan garam. Perapkan dalam 1/2 jam dan goreng garing/sehingga ayam masak. Ketepikan.
- Tumbuk cili padi, cili merah, halia, bawang besar, bawang merah dan selabu bawang putih. (saya guna chopper sebab nak cepat)
- Tumis bahan tumbuk tadi menggunakan baki minyak goreng ayam tadi.
- Masak bahan-bahan tu sehingga garing dan pecah minyak.
- Seterusnya masukkan kicap dan sos tiram masak lagi dalam 3-4 minit.
- Kalau nak masukkan perasa pun boleh.
- Masukkan ayam gaul sekata, dah boleh tutup api.
- Sedia untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Maya Miera Via MAHN