Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Perlu Pergi Beli Dah! Ini Resepi Ayam Korea, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Sosnya!

Tak Perlu Pergi Beli Dah! Ini Resepi Ayam Korea, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Sosnya!

Kategori: ,
ayam korea

Sejak pembukaan restoran Korea terkenal iaitu KyoChon, rata-rata rakyat Malaysia menjadi taksub dengan ayam korea! Bukan saja ayam yang garing tapi sos yang manis dan pedas pun sangat sedap. Memang tak hairan kenapa ramai minat sangat dengan ayam Korea.

Sekarang, ayam korea boleh didapati di mana-mana saja tapi rasa tak puas hati bila beli. Dah lah mahal dan isi ayam pun tak banyak, baik buat sendiri. Jika anda ingin cuba buat sendiri, boleh cuba resepi dari Siti Noor Hidayah Samah. Mudah saja sebenarnya! Jom baca.

Resepi Ayam Korea Simple

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam bersama rempah ayam goreng selama 30 minit atau semalaman.
  2. Goreng ayam yang diperap hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Didihkan air kemudian masukkan sos Korea Adabi. (Kalau suka pedas letak lebih)
  4. Masukkan madu dan kacau hingga rata.
  5. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi. Kemudia, kacau sampai sebati. Masa ini rasalah sikit sos itu, bagi seimbang. Kalau tak cukup pedas, tambah sos Korea. Tak cukup manis boleh tambah madu.
  6. Taburkan biji bijan.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Ini mesti bila buat satu pinggan ayam korea ini, mesti licin! Anak-anak mesti suka, hari-hari minta masak nanti. Tak susah pun, kan? Bahan-bahan pun mudah didapati dan jimat masa. Bagi peminat makanan Korea, anda wajib cuba resepi ini. Nanti dah tak perlu beli dah.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.

Kredit: Siti Noor Hidayah Samah

Baca Juga: Goreng Paha Ayam Asyik Keluar Darah? Ini Tips Penting Agar Gorengan Masak Sempurna

tags: | |