Korean hot spicy cheese chicken ini bukan sahaja terkenal di Korea tetapi di Malaysia juga sangat digemari oleh rakyatnya sendiri. Sekarang sudah banyak ayam korea yang di jual di kedai-kedai Korea mahu pun kedai biasa. Disebabkan ayam Korea ini merupakan antara makanan yang paling laris setakat ini jadi harganya juga agak mahal. Jadi apa kata buat sendiri je, sebab nak buat ayam Korea ini agak mudah. Tak guna banyak bahan sangat pun, tapi rasanya tetap power. Jom kita ikutti resepinya di bawah.
Korean Hot Spicy Cheese Chicken Yang Paling Mudah Nak Buat, Tak Guna Banyak Bahan Pun Tapi Rasa Dia Power Sangat!
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ayam:
- Bawang putih
- Lada hitam
- Sedikit halia
- Sebiji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- Sedikit serbuk cili (babas) nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati.
Bahan Sos Korea:
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit minyak jagung
- Lada kering | kisar
- Sedikit garam
- 2 sudu madu
- 2 sudu brown sugar
- 1 sudu serbuk cili babas
- 2 sudu sos tomato
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu bijan
Bahan Topping:
CARA PENYEDIAAN:
- Perapkan ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia. Bahan tersebut perlu lah di tumbuk. Perapkan selama 30 minit.
- Apabila dah siap perap masukkan sebiji telur.
- Masukkan juga tepung gandum dan jagung serta serbuk cili. Kacau rata sampai sekata.
- Kemudian apabila ayam semua dah disaluti sekata dengan tepung, gorengkan ayam terebut dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. Apabila dah masak angkat dan sejatkan.
- Dalam kuali lain, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak jagung.
- Kemudian masukkan lada kering dan garam secukupnya.
- Selepas itu masukkan pula madu, brown sugar, serbuk cili, sos tomato, sos cili dan bijan.
- Kemudian masukkan kesemua ayam yang digoreng tadi. Kacau sampai sekata dan ambil cheese dan mayonis. Tuangkan atas ayam tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!