Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Madu ‘Step By Step’ Yang Mudah, Memang Confirm Sedap!

Resepi Ayam Madu ‘Step By Step’ Yang Mudah, Memang Confirm Sedap!

Kategori:
resepi ayam madu

Jom cuba resepi ayam madu ni. Nampak macam ayam goreng korea pun ada kan? Yang penting rasa memang sedap dan mudah untuk dibuat.

Resepi Ayam Madu ‘Step By Step’ Yang Mudah

Bahan-bahan:

  • 350g ayam
  • 5 sb tepung jagung
  • Garam
  • Gula
  • 1 sb kunyit
  • 2 sb bawang putih
  • Sedikit bawang merah
  • 1 sb kicap
  • 2 sb madu
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 sb bijan – disangai
  • Limau kasturi
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Satukan ayam bersama tepung jagung, garam, gula dan serbuk kunyit.
  2. Gaul sebati dan percik sedikit air.
  3. Goreng ayam sehingga masak dan keperangan.
  4. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  5. Masukkan kicap pekat, madu, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  6. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  7. Gaul sebati.
  8. Taburkan bijan.
  9. Perahkan limau kasturi dan tabur daun bawang.
  10. Siap!

Kredit: Pari Malar Thoraisingam

tags: