Tiada idea nak masak lauk apa untuk makan tengahari? Jom cuba buat ayam masak cili kering chinese style ini. Kalau diratah pun sedap juga, ala-ala ayam goreng korea. Kalau buat untuk anak-anak dan suami, pasti mereka suka. Jom cuba!
Jom Cuba Buat Ayam Masak Cili Kering ‘Chinese Style’, Kalau Ratah Pun Sedap Ni
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam – dibersihkan
- Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
- 3-4 ulas bawang putih – mayang
- 1 biji cili besar @ cili merah- mayang
- 3 biji cili padi – mayang
- 10 tangkai cili kering – potong kecil
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
- Pes asam jawa secukupnya
- Tepung gandum
- Telur
Cara-cara:
- Ayam dipotong mengikut saiz yang diingini.
- Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan.
- Kemudian tumis cili kering bersama daun kari sehingga garing.
- Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
- Seterusnya, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram mengikut kuantiti ayam.
- Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang yang dipotong besar.
- Gaul rata sehingga sos sebati pada ayam.
- Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!