Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Masak Kurma Kelantan, Cara Turun Temurun! Wajib Dihidang Bersama Nasi Minyak

Resepi Ayam Masak Kurma Kelantan, Cara Turun Temurun! Wajib Dihidang Bersama Nasi Minyak

Kategori: ,

Nasi minyak menjadi antara menu pilihan ramai di Hari Raya. Awal pagi Raya ibu-ibu dah sibuk menyediakannya. Tak lengkap pula hidangan itu tanpa ayam kurma kesukaan ramai.

Terdapat banyak resepi yang anda boleh cuba tapi wajib cuba resepi ayam masak kurma kelantan ini. Sangat mudah dan tentunya lebih sedap dari yang lain. Ini caranya.

Resepi Ayam Masak Kurma Kelantan, Cara Turun Temurun! Wajib Dihidang Bersama Nasi Minyak

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 4 ulas bawang putih (dimayang)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • Bawang besar
  • Rempah kurma -dapatkan di sini
  • Asam keping
  • Santan pekat
  • Tomato
  • Ubi kentang
  • Gula
  • Garam
  • Rempah tiga sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga)

Cara penyediaan

  1. Kisar bawang merah dan bawang putih. Tumis rempah 3 sekawan dan bawang merah serta bawang putih yang dimayang. Lepas dah kekuningan masukkan bahan kisar. Biarkan seketika sehingga naik bau. 
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air suam. Tumis sehingga keluar minyak.
  3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Biarkan seketika sehingga ayam kecut dan keluarkan minyak. AYAM MASAK KURMA KELANTAN
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan tomato, kurma, asam keping dan perasa dengan gula dan garam. AYAM MASAK KURMA KELANTAN
  5. Biarkan menggelegak sekejap dan siap untuk dihidangkan. AYAM MASAK KURMA KELANTAN

Mudah sahaja nak buat ayam masak kurma Kelantan ini. Jadi untuk Hari Raya nanti, jangan lupa untuk hidangkan bersama nasi minyak yang disediakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Yani

Baca Juga: Teringat Dekat Emak! Ini Resepi Acar Timun Arwah Emak Yang Dikongsikan Oleh Wanita Ini.

tags: