Ini dia resepi Ayam Masak Lemon yang simple. Walaupun simple tetapi rasa dia sedap yang amat. Memang menyelerakan kalau makan nanti. Sekali makan bertambah-tambah nasi. Rasa ayam masak lemon ni memang betul-betul power!
Jika sebelum ini makan Ayam Masak Merah atau Ayam Goreng Berempah sahaja, apa kata kali ini kita cuba masakan yang berasaskan lemon ini pula.
Resepi Ayam Masak Lemon Yang Mudah & Sedap!
BAHAN-BAHAN
Bahan Untuk Ayam Goreng :
- Ayam
- Tepung serbaguna Bestari
Bahan Untuk Sos Lemon:
- 1 cawan air
- ¹⁄³ cawan gula
- ½ kiub ayam
- 1½ sudu tepung jagung
- 2 sudu makan perahan jus lemon
- ¾ sudu kecil garam
- 2 potongan nipis lemon
- 2 sudu makan minyak masak
- Sedikit pewarna kuning (sissy pakai kunyit jer)
CARA PENYEDIAAN
Cara Menyediakan Ayam Goreng :
- Perap ayam yang telah dipotong kecil bersamaa air dan tepung serbaguna Bestari.
- Sebelum menggoreng, sissy akan salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali. Hasilnya lebih yummy!
- Goreng dengan api yang perlahan untuk pastikan ayam masak sekata.
Cara Menyediakan Sos Lemon :
- Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas kecuali minyak masak.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.
- Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi. Sedia dihidang.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat Ayam Masak Lemon ini sekarang. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah sahaja. Tak kan nak tengok gambar dan resepi sahaja kan? Selamat mencuba!
Sumber: Kaki Jalan Tegar
Baca juga : Resepi Nasi Ayam Madu Lemon Bersama Ayam ‘Crispy’, Menu Lazat & Menyelerakan