Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Masak Sambal Serai, Menu Ayam Yang Jarang Dibuat, Tapi Sedap!

Resipi Ayam Masak Sambal Serai, Menu Ayam Yang Jarang Dibuat, Tapi Sedap!

Kategori: ,
ayam masak sambal serai

Lauk ayam memang antara yang menjadi lauk ruji untuk rakyat dan masyarakat Malaysia. Ia boleh disediakan dengan pelbagai sajian dan cara masakan yang berbeza. Ada yang masak dengan cara sup, gulai, goreng ataupun bakar.

Pilih sahaja cara masakan yang mana, ia boleh mengikut selera si pemakan. Selain goreng dengan cara mudah, untuk sesiapa yang belum merasakan ayam masak sambal serai, wajib cuba resepi ini!

Rasanya agak sedikit masam-masak dek kerana sambal dan tomato. Ia memang sedap dimakan bersama yang tersayang. Jom kita ikuti resepi ayam masak sambal serai ini!

Resepi Ayam Masak Sambal Serai, Menu Ayam Yang Jarang Dibuat, Tapi Sedap!

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam potong 12 (gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit) Goreng separuh masak dan toskan.
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 batang serai dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • sedikit sos cili dan sos tomato
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)

Bahan-Bahan (Kisar):

  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 20 biji cili kering (buang biji dan rebus)

Cara Penyediaan:

  1. Menggunakan minyak goreng ayam tadi, tumis bawang besar yang dihiris dan serai hingga wangi. Masukkan tomato, kacau sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, sos cili dan sos tamato. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak dan sedikit air.
  4. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau sebati.
  6. Bila ayam dah masak, masukkann hirisan bawang holland. Kacau sebati dan siap!

ayam masak sambal serai ayam masak sambal serai ayam masak sambal serai

Dah siap pun ayam masak sambal serai kita! Bolehlah makan dengan nasi panas-panas bersama sambal belacan yang pedas! Untuk resepi ini, bagi sesiapa yang sukakan kepedasan, tambah cili pun boleh pada akhir langkah. Cili potong yang sedap bersama lauk yang lazat! Memang boleh bertambah nasi!

Selamat memasak dan merasai kenikmatannya!

Sumber: Mazni Mohammad Isa

Baca juga: Tips Daging Lembut Dan Tidak Berbau, Wanita Ini Kongsi Cara Potong Daging Ikut Urat Yang Sebetulnya

tags: | |