Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsikan Resepi Ayam Menangis Meraung Yang Sedap, Menjadi Kesukaan Suami.

Wanita Ini Kongsikan Resepi Ayam Menangis Meraung Yang Sedap, Menjadi Kesukaan Suami.

Kategori: ,
ayam menangis meraung

Waktu weekend ini lah waktunya untuk para ibu manjakan keluarga dengan pelbagai masakan yang enak. Bagi peminat masakan Thailand, mesti pernah dengar daging harimau menangis yang masih terkenal, kan? Sedap itu memang sedap tapi tak semua suka atau boleh memakan daging. Jadi, buat anda, boleh lah cuba pula ayam meraung dengan sos yang sangat enak.

Resepi ayam menangis meraung oleh Nur Hamizah Bakhtiar ini nampak ringkas dan sangat sedap. Dikongsikan di group Masak Apa Hari Ini, resepi tersebut berjaya mendapat 900 lebih shares di Facebook. Jom ketahui perkongsian penuh olehnya.

Resepi Ayam Menangis Meraung

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan Perapan Ayam

  • 4 keping ayam (whole leg, dibuang tulang)
  • 1 bakar ketumbar dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang serai dikisar
  • 1 sudu besar sos ikan
  •  1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar madu

Bahan-Bahan Sos

  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 4 cili padi dibuang biji
  • Sedikit batang ketumbar
  • 1 sudu besar chilli flakes
  • 1 sudu teh gula melaka
  • 1/2 sudu besar asam jawa
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu beras disangai
  • Hirisan daun ketumbar
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 3 jam.
  2. Masak ayam atas frying pan hingga garing. Angkat ayam dan ketepikan.
  3. Hiris ayam nipis-nipis.
  4. Untuk sos pula, kisar semua bahan-bahan sehingga hancur.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Siap, dah boleh dihidangkan.

Rasa terliur pula baca resepi ini, kan? Jika anda bosan dengan resepi ayam yang lain, boleh lah cuba resepi ini. Rasa pedas, masam manis yang menyelerakan sangat memuaskan. Jom cuba resepi ayam menangis meraung mudah ini hari ini.

Selamat mencuba dan kongsikan resepi ini buat semua.

Kredit: Nur Hamizah Bakhtiar

Baca Juga: Resepi Daging Harimau Menangis, Memang Terangkat Habis!

tags: