Resepi Ayam Pandan

Resepi Ayam Pandan yang memang sangat sedap serta baunya yang harum hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan. Resepi ini dipercayai berasal dari Thailand dan biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili. Disini saya kongsikan resepi Ayam Pandan.

Resepi

  • 1/3 ekor ayam (dibuang tulang dan dipotong cube)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkus
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai (bahagian putih sahaja)
  • 4 biji cili api
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar santan kotak
  • 1/4 cawan air
  • Beberapa helai daun pandan (dibasuh dan dilap)
  • lidi

Cara Penyediaan

  1. Masukkan bawang merah, bwang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili api, biji ketumbar, jintan manis, madu, santan kotak, air dan garam ke dalam pengisar
  2. Sediakan ayam yang siap dipotong kecil dan dibuang tulangnya
  3. Masukkan bahan kisar tadi dan gaul sehingga sebati dengan ayam (perap selama 30minit)
  4. Balut ayam dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi supaya tidak mudah tercabut
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga masak

SELAMAT MENCUBA

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 70 times!)