Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam Popcorn Ala Mama Quads Ini Memang Mengiurkan, Sekejap Je Dah Licin Sebab Terlampau Rangup Dan Sedap

Ayam Popcorn Ala Mama Quads Ini Memang Mengiurkan, Sekejap Je Dah Licin Sebab Terlampau Rangup Dan Sedap

Kategori:
resepi ayam popcorn

Ayam Popcorn memang sangat digemari oleh kebanyakan orang. Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Jadi ibu-ibu boleh cuba resepi ayam popcorm ala mama quads yang sangat mengiurkan ni. Kalau anda buat rasanya sekejap je dah licin sebab terlampau rangup dan sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam 7 ketul potong dadu

Bahan A

  • * Bwg putih 6 ulas
  • * Serai 2 btg
  • * Lada hitam 1 sd kecil
  • * Halia seinci

Bahan B

  • Daun kari 4 tangkai
  • Serbuk cili 2 sd bsar
  • Serbuk jintan manis 2sd besar
  • Serbuk ketumbar 1 sd besar
  • Serbuk jintan putih 1 sd besar
  • Serbuk kari daging 2 sd besar

Bahan C

  • Telor 2 biji

Bahan D

  • Tepung gandum 1 cwn
  • Tepung jagung 1 cwn
  • Soda bikarbonat 1 sd teh
  • Garam secubit

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
  2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkan bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan B dan gaul sebati.
  3. Perapkan selama 1 jam atau lebih.
  4. Kemudian pecahkan telur dalam bekas yang berasingan dan satukan bahan D. Gaul sebati.
  5. Celup isi ayam satu persatu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu.
  6. Goreng dengan api yang perlahan sehingga masak.
  7. Apabila dah masak angkat dan sejatkan.
  8. Siap. Sedap di makan dengan sos cili.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Norhayu Hanafi Via MAHN

tags: |