Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom kita cuba resepi baru yang memang kick dan menyelerakan.
Bagi yang sedang plan nak masak lauk ayam di rumah, apa kata hari anda cuba resepi ayam serai tumis yang mudah dan lazat. Memang wajib cuba untuk yang gemarkan lauk pedas bercili. Sekali cuba, pasti nak lagi.
Nampak macam rumit tapi sebenarnya resepi ni senang saja. Yang paling best sekali kita boleh adjust sendiri tahap kepedasannya.
Jom kita lihat resepi ayam serai tumis terlajak sedap yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin.
Resepi Ayam Serai Tumis Paling Senang dan Terlajak Sedap
Bahan-Bahan :
- 1/2 ekor ayam – potong kecil
- Cili padi – ikut kuantiti kepedasan yang dikehendaki
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai – diketuk
- 2 helai daun limau
- 2 sudu sos tiram
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
- Sedikit air
Cara-Cara :
- Kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga halus. Boleh pilih sama ada nak guna blender, chopper atau lesung batu.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Jangan sampai garing kerana nanti ayam akan keras.
- Goreng ayam hingga separuh masak.
- Panaskan minyak masak yang sama. Buang sedikit minyak jika terlalu banyak.
- Tumis pula bahan yang telah dikisar tadi. Masak hingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan serai yang telah diketuk. Tumis lagi seketika.
- Kemudian, tambahkan daun limau purut. Gaul sampai rata.
- Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
- Kemudian masukkan pula sos tiram, garam secukup rasa dan sedikit gula bagi menyeimbangkan rasa.
- Jika suka lauk yang berkuah, masukkan sedikit air. Tapi kalau tak nak letak pun tak apa.
- Lauk ayam serai tumis siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
Senang saja rupanya untuk sediakan lauk yang pedas dan lazat macam ayam serai tumis ni. Confirm bertambah nasi bila dimakan bersama telur dadar atau ulam-ulaman yang ringkas. Peminat masakan pedas menyengat memang wajib try resepi ni. Selamat mencuba!
Sumber : Noratiqah Nordin