Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Bahulu Legend Warisan Bondanya Yang Sedap, Gebu Dan Lembut Bak Kapas, Sekali Rasa Terus Terpegun!

Wanita Ini Kongsi Resepi Bahulu Legend Warisan Bondanya Yang Sedap, Gebu Dan Lembut Bak Kapas, Sekali Rasa Terus Terpegun!

Kategori:
resepi bahulu legend

Bahulu merupakan kuih atau makanan tradisional orang Melayu. Bahulu ini sering disajikan ketika majlis keramaian atau pun hari raya. Cara membuat kuih bahulu ini agak mudah dan hanya memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak atau minyak sapi. Bagi menghasilkan bahulu yang lembut bak kapas ada teknik dan caranya yang tersendiri sebenarnya.

Wanita yang dikenali dengan nama Sharifah Aminah Al-Idrus ada berkongsi resepi dan tips untuk menghasilkan bahulu yang gebu dan lembut. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Wanita Ini Kongsi Resepi Bahulu Legend Warisan Bondanya Yang Sedap, Gebu Dan Lembut Bak Kapas, Sekali Rasa Terus Terpegun!

BAHAN-BAHAN:

  • 10 Biji telur ayam grad A (pecahkan kesemua telur dalam satu gelas mug, sukat dan  kalau penuh telur tersebut maka mug itulah digunakan untuk menyukat bahan lain.
  • 2 mug gula halus
  • 2 1/3 mug tepung gandum
  • 1/2 mug air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Esen vanila

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul telur sehingga kembang dan masukkkan gula sedikit-sedikit sambil letak air sedikit-sedikit. Sambil terus pukul. Lakukan sampai semua gula dan air habis.
  2. Pukul lagi sehingga gula larut sepenuhnya. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit sambil pukul sehingga tepung habis.
  3. Pukul lagi sampai kembang dan masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning.
  4. Panaskan oven atas bawah dalam 200C. Kemudian sapukan minyak masak pada acuan bahulu.
  5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar.

Tips: Masa nak buat kena sediakan dahulu semua bahan sebab masa kita pukul telur tak boleh stop ye. Semua bahan di masukkan secara sikit-sikit dan terus pukul sambil masukkan bahan lain seperti tepung secarau beransur-ansur. Jangan lupa sedikit pewarna kuning dan esen vanilla supaya bahulu kita tidak kelihatan pucat.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Sharifah Aminah Al-Idrus

Baca juga: Mudahnya Buat Kuih Bahulu, Hanya Dengan 3 Bahan Sahaja. Sedap Sangat!

tags: | |