Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Buko Pandan Filipina, Pemanis Mulut Paling Laris Musim Panas!

Resepi Buko Pandan Filipina, Pemanis Mulut Paling Laris Musim Panas!

Kategori: ,,
bako pandan Filipina

Jika tiba musim panas, pastinya kita mahukan sesuatu yang menyegarkan tekak daripada haus. Selain pencuci mulut seperti buah-buahan misalnya buah tembikai, kita pasti mahukan sesuatu kelainan.

Jadi, untuk resepi kali ini, kami kongsikan pencuci mulut yang antara terlaris di negara ini lagi-lagi masa musim panas. Buko Pandan Filipina ini bermaksud kelapa muda dan daun pandan.

Rasanya yang berlemak manis ditambah dengan pelbagai campuran buah seperti agar-agar, sagu, isi kelapa, buah longan dan sebagainya. Jom kita buat sendiri sama-sama. Jom kita rujuk resepi oleh Aisyah Humaira ini.

Resepi Buko Pandan Filipina, Pemanis Mulut Paling Laris Musim Panas!

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar
  • 1 cawan teh biji sagu
  • 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
  • 1 tin krimer sejat cair (saji)
  • 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
  • 1 cawan air gula
  • 1 mangkuk isi kelapa
  • 1 mangkuk kecil nata de coco (perisa kelapa)
  • air

Cara Penyediaan:

  1. Pertama, masak agar-agar. Boleh follow cara memasak di belakang plastik agar-agar tersebut.
  2. Kemudiaan, masukkan daun pandan.
  3. Apabila telah masak, biarkan agar-agar keras. Sagat ataupun potong dadu ikut saiz yang dikehendaki.
  4. Kemudian masak sagu dan campur sedikit pewarna pandan. Kacau rata sehingga masak.
  5. Selepas itu, sediakan nata de coco dan ambil isi saja, aiirnya tidak perlu. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam bekas.
  6. Campurkan susu cair bersama susu paket. Kemanisannnnya ikut cita rasa masing-masing. Bairkan sejuk. Kemudiann tuang ke dalam bekas berisi bahan-bahan lain.
  7. Siap untuk dihidang!

bako pandan Filipina

Wah! Sudah siap pun pemanis mulut ketika hangat ini! Bayanngkan di bawah sinar mentar yang panas, buko pandan Filipina mengalir di dalam tekak kita yang dahaga. Pasti sedap ditambah pula dengan gigitan setiap buah yang ada.

Selamat mencba dan menikmati semua!

Sumber: Aisya Humaira

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Goreng Rangup Pasar Malam, Memang ‘Kriuk-Kriuk’ Habis

tags: | |