Pao atau dikenali sebagai ‘steamed bun’ antara salah satu makanan yang sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Pada mulanya pao ini datang daripada China. Berikut merupakan resepi untuk membuat bakpao isi kelapa yang sangat lembut, resepi oleh Bunda Cinta.
Bahan-bahan pao:
250 gr tepung terigu
1 butir telur
4 sdm gula pasir
2 sdm mentega
1 sdm fermipan
2 sdm maizena
1 sdt SP
air secukupnya
pasta pandan
Bahan-bahan isi pao:
1 butir kelapa parut
5 sdm gula pasir
2 sct panili
garam secukupnya
pewarna makanan
Cara-cara buat isi pao:
Panaskan kuali, letak gula, kelapa parut, garam dan juga pewarna
Kacau sehingga sebati dan masukkan panili untuk naik bau dan tunggu sehingga matang
Cara-cara buat pao:
Campurkan gula pasir, SP, telur fermipan, mentega dan gaul sehingga gula larut
Kemudian masukkan tepung maizena
Masukan tepung terigu adun sehingga rata
Tambah air sehingga adunan siap
Tambahkan pasta perasa pandan
Diamkan dalam masa 30 minit
Kemudian isi pau dengan inti mengikut selera
Diamkan lagi 20minit kemudian kukus selama 15minit
Selepas 15minit pau sudah siap dan boleh dihidangkan
Selamat mencuba. Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya: