Banana Cake sudah biasa dibuat kan? Lagipun mesti ada yang dah bosan dengan banana cake. Jadi apa kata kali ini jom kita buat Banana Cake versi coklat pula. Bukan calang-calang versi coklat tau tapi ala kayangan ini. Semestinya rasanya lebih sedap berbanding kek-kek yang ada di Secret Recipe. Cubalah dulu baru tahu!
Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan, Resepi Paling Terbaik Abad Ini. Cubalah Kalau Tak Percaya!
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan
- 1/2 cawan fresh milk + 1/2 sudu makan cuka (mix dan biarkan sekejap untuk jadikan buttermilk)
- 120g brown sugar
- 115g butter(dicairkan) atau minyak masak
- 160g tepung gandum
- 25g cocoa powder
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil garam
- Sedikit vanilla essence
Bahan hiasan:
- Walnut/badam yang dibakar
- Chocolate chips
*gaul dengan tepung sikit supaya tak tenggelam di lautan dalam
CARA PENYEDIAAN:
- Lenyekkan pisang.
- Campurkan susu dgn cuka untuk dijadikan buttermilk. Biarkan seketika dlm 10min.
- Cairkan mentega.
- Masukkan gula dan buttermilk ke dalam pisang yang dilenyek tadi. Gaul rata dan masukkan pula butter cair.
- Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam dan cocoa powder. Masukkan ke dalam adunan tadi.
- Masukkan coklat chips dan almond *ikutlah kekacang apa yang ada
- Taburkan kat atas kek tadi lebihan coklat dan kekacang yang disalut tepung
- Bakar pada suhu 150c, 30min api atas bawah (rak tengah dalam oven) sehingga kek masak. It’s depends on your oven.
*Saya guna loyang empat segi saiz 7 inci. Nak tahu kek dah masak, try cucuk tengah-tengah kek dengan tester cake/lidi yang bersih. Kalau dah tak melekat dah ok dah tu.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nabilah Azis
Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Comel Dan Gebu. Bukan Comel Di Luar Je, Bila Makan Pun Sangat Sedap