Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Bawal 3 Rasa’ Yang Menyelerakan, Guna Nenas Fresh Akan Menaikkan Lagi Aroma

Resepi ‘Bawal 3 Rasa’ Yang Menyelerakan, Guna Nenas Fresh Akan Menaikkan Lagi Aroma

Kategori: ,
Bawal 3 Rasa

Anda sedang mencari idea untuk masak lauk tengahari? Resepi bawal 3 rasa ini khas untuk anda. Memang sedap ni kalau buat, sepinggan nasi pasti tak cukup! Jom cuba buat.

Resepi ‘Bawal 3 Rasa’ Yang Menyelerakan

Bahan ikan:

  • Ikan bawal (atau ikan apa-apa pun boleh)
  • Garam

Cara-cara:

  1. Cuci bersih ikan. Gaulkan dengan garam.
  2. Kemudian goreng sehingga garing.
  3. Bila dah masak, letak dalam bekas hidangan dan ketepikan.

Bahan Kuah:

  • 2 sb cili kering dikisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Jus limau
  • Bawang putih – diketuk-ketuk
  • Bawang besar/holand – dipotong dadu
  • Nenas – dipotong2
  • Tomato – dipotong2
  • Cili api – dipotong2
  • Serai – dihiris
  • Daun ketumbar – hiasan
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak jangan terlalu banyak. Masukkan bawang putih, cili kering dan semua sos di atas.
  2. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan jus limau. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Tambahkn sedikit serbuk perasa.
  4. Akhir sekali, masukkan bawang besar, nenas, cili api dan serai. Kacau dalam beberapa minit tutup api.
  5. Kemudian tuangkan kuah ke dalam ikan yang digoreng tadi.
  6. Hias dengan daun ketumbar.
  7. Siap!

Kredit: SuiSan Aliezsha 

tags: