Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tengah Viral Sekarang, Ini Dia Teknik Buat Suito Atau Bebola Keledek Yang Mudah & Sedap!

Tengah Viral Sekarang, Ini Dia Teknik Buat Suito Atau Bebola Keledek Yang Mudah & Sedap!

Kategori: ,
resepi bebola keledek yang mudah

Ubi keledek merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Jika zaman dahulu, sewaktu tiada makanan, rata-ratanya akan merebus atau membakar ubi sahaja sebagai alas perut.

Bukan sahaja sedap, malah ubi keledek ini juga kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Malah kanak-kanak juga sering diberikan puri keledek setelah usia mereka mencapai lebih 6 bulan. Selain dijadikan makanan bayi, kuih muih dan cek mek. Keledek ini juga sangat enak apabila dibuat bebola.

Suito atau juga dikenali sebagai Bebola Keledek merupakan antara makanan yang tengah trending sekarang ini. Malah ramai yang memuatnaik video ketika mengunjungi sebuah gerai Suito yang dibuat oleh orang Cina dan ramai yang memuji kesedapannya.

Memang Bebola Keledek ini agar sukar untuk ditemui memandangkan tidak semua tempat yang meniaga kuih ini. Walaubagaimanapun, mungkin anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Caranya amat mudah dan pasti rasanya juga sangat enak.

Nak cuba sekarang? Jom kita ikuti teknik penyediaan Bebola Keledek atau Suito yang dikongsikan  oleh Tuan Adriana Arissa. Tekniknya amat mudah!

Teknik Penyediaan Bebola Keledek Atau Suito Yang Mudah, Sedap & Cepat!

Keledek ungu

Bahan-bahan: 

  • 450g ubi keledek – direbus dan dilenyek
  • 1/2 cwn tepung pulut
  • 3/4 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn gula
  • 1 sdt baking powder
  • Sedikit garam
  • Bijan

Cara Penyediaan: 

  1. Campur semua bahan sehingga menjadi doh. Kemudian bulat²kan dan boleh digolek diatas bijan. Goreng sehingga masak dgn api yg kecil.

Keledek Oren

Bahan-bahan: 

  • 300g ubi keledek-direbus & dilenyek
  • 70g tepung ubi
  • 30g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sdt baking powder
  • Sedikit garam
  • 1-2 sudu besar air
  1. Campur semua bahan, gaul sebati.  Kemudian bulat-bulatkan sebesar biji bola pinpong. Untuk kuih ni wajib dapatkan hasil yg kosong/kopong kat dalam barulah menjadi kuihnya.

Teknik penting:

  • Tekniknya ialah. Goreng dgn api sederhana besar. Bila dh nmpk hampir separuh masak hendaklah ditekan-tekan kuihnya dan digolek-golek di dalam kuali. Kuih akan naik lebih kembung. Jangan risau terpenyek kerana ia akan bulat semula. Kuih akan menjadi ringan bila dah masak. (Boleh buka you tube utk melihat video cara menggoreng).

Sangat mudah kan buat Bebola Keledek atau Suito ini, jadi tunggu apa lagi tu? Jom lah kita mula membuatnya sekarang. Daripada beratur panjang, lebih baik buat sendiri sahaja di rumah. Lebih sedap dan lebih puas hati makan!

Oh ya, jangan lupa kongsikan juga teknik dan resepi ini kepada kenalan anda semua. Supaya semua dapat merasai sendiri keenakkan bebola ubi yang cukup luar biasa sedap ini.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Cara Masak & Teknik Betul Buat Kuih Cek Mek Molek, Elak Buncit Dan Air Gula Pecah Keluar!

tags: | | | |