Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Cara Masak & Teknik Betul Buat Kuih Cek Mek Molek, Elak Buncit Dan Air Gula Pecah Keluar!

Cik Lawa by Cik Lawa
Mac 16, 2023
in Info, Masak Apa Hari Ini?, Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
resepi dan teknik masak kuih cek mek molek
0
SHARES
1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Cek Mek Molek atau di negeri Terengganu kuih ini sering dipanggil dengan nama Mek Comel merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang popular sehingga ke hari ini. Dihasilkan dari ubi keledek yang berwarna oren lalu diadun bersama tepung gandum.

BacaJuga

resepi cek mek

Belum Buat Lagi Dah Tahu Sedap, Wanita Ini Bocorkan Resipi Cek Mek Molek Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

November 24, 2023
4.3k
Kuih Buah Rotan

Resipi Kuih Buah Rotan Yang Confirm Tak Liat, Rangup & Sedap Bila Dimakan

November 13, 2023
240

Kemudian diletakkan gula pada bahagian tengah kemudian digoreng. Walaupun sekadar kuih biasa, namun rasanya cukup luar biasa. Lebih-lebih lagi jika dimakan ketika panas, memang tak terkata nikmatnya.

Menurut beberapa sumber, kuih ini mendapat gelaran Cek Mek Molek adalah kerana bentuknya yang bujur, licin dan molek. Kuih ini boleh dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada pada waktu pagi, tengah hari mahupun malam.

Tidak perlu ditempah lebih awal kerana banyak sahaja yang dijual di kedai makan. Hendak lebih sedap, cari kedai di kawasan kampung atau yang membuatnya orang lama. Orang lama yang menyediakan kuih Cek Mek Molek ini lebih sedap tau.

Mungkin anda pun boleh cuba masak sendiri kuih Cek Mek Molek yang enak dan menjadi di rumah dengan menggunakan teknik yang dikongsikan oleh Ju Mohamad  di bawah ini. 

Cara Dan Teknik Betul Buat Kuih Cek Mek Molep, Barulah Menjadi & Tak Pecah Air Gula

Tips rahsia kejelitaan Cek Mek:

Tip 1: Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.

(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

Tip 2: Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api. Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.

Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali. Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.

Mudah sahaja kan teknik di atas ini? Tetapi masih tak tahu cara penyediaan kuih ini dengan lebih jelas? Jom kita ikuti cara memasak di bawah ini pula.

Resepi Kuih Cek Mek Molep Yang Mudah

Bahan-bahan: 

  • 1 Kg ubi keledek
  • 1 sdt garam
  • 1 sdm marjerin
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan: 

  1. Mula-mula rebus ubi keledek bersama dengan garam sehingga empuk. (potong dulu sebelum rebus).
  2. Angkat dan toskan air, masa tengah panas tu terus masukkan marjerin.
  3. Kemudian lenyek-lenyekkan guna gelas kaca atau apa-apa asalkan lumat.
  4. Apabila dah lenyek macam ni, masukkan tepung gandum. Tepung gandum tu jangan penuh menimbung untuk sukatan 2 cawan tu.
  5. Ulikan sampai rata dan jadi doh macam ni. Doh tu memang akan melekat dengan tangan.
  6. Lepastu ambil sedikit minyak, celupkan jari dalam minyak dan bentukkan. Ambil sebesar bola golf, lepastu lenyek leper dan masukkan gila.
  7. Sebelum bentukkan doh, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu. Sebab apabila dah siap bentuk terus campak je dalam kuali.
  8. Goreng sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Sudah lengkap sekarang kan? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita mula buat kuih Cek Mek Molek kesukaan ramai sekarang!

Selamat mencuba & Semoga bermanfaat! 

Kredit: Ju Mohamad & Norfaezah Hashim

2/5 (1 Review)
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
udemy course download free
download huawei firmware
Tags: Cek MekCek Mek Molekkuihkuih tradisionaltips masakan
ShareTweetSend

Related Posts

tanam halia
Info

Rupanya Memang Mudah Tanam Halia, Cambah Benih Tepi Singki, Terus Boleh Pindah Dalam Pasu

Disember 5, 2023
40
Mini Makaroni Bakar
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang Lain

Disember 5, 2023
250
gulai lemak sardin
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Lemak Sardin, Guna Ikan Dari Tin Pun Masih Lagi Sedap!

Disember 5, 2023
41
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist