Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Cara Mudah Buat Kuih Pau Yang Sedap, Gebu & Lembut. Ikuti Teknik Penting Ini!

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 3, 2022
in Info, Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
cara mudah buat kuih pau
0
SHARES
127
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuih muih tardisional memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Melayu. Penduduk atau pun rakyat Malaysia pastinya akan menemui pelbagai jenis kuih muih di kedai, tidak kira sama ada kuih tradisional atau pun tidak.

BacaJuga

kuih tepung pasung

Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Tepung Pasung @ Serunai. Sekarang Dah Makin ‘Rare’, Jom Buat Sendiri!

Julai 18, 2022
550
kuih jualan diletakkan di atas lantai

“Kebersihan Out..”, Kuih Jualan Diletakkan Di Atas Lantai, Siap Langkah Lagi Undang Kecaman Warganet

Julai 14, 2022
213

Antara kuih tradisional yang tidak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adalah kuih pau. Pau merupakan sejenis kuih yang berwarna putih dan mempunyai teksturnya yang gebu dan lembut.

Kuih ini boleh diisi dengan pelbagai jenis inti sama ada inti kelapa, rendang daging atau pun rendang ayam. Pau ini juga akan dikukus terlebih dahulu sebelum dimakan atau pun dijual.

Kuih ini bukan sahaja boleh didapatkan di stesen minyak dan tepi jalan namun ianya juga boleh dibuat sendiri di rumah. Malah jika dibuat sendiri, rasanya lebih sedap memandangkan teksturnya lebih gebu dan lembut.

Nak tahu cara mudah untuk membuat kuih pau ini? Jom kita ikuti cara dan teknik yang dikongsikan oleh Yong Anisah Yaacob di group Facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).

Resepi Mudah Kuih Pau Yang Gebu Dan Lembut, Ikut Teknik Ini!

Bahan-bahan:

  • 2 sdm air suam
  • 1 sdm gula
  • 1 sdm yis
  • 5 cawan tepung gandum cap ros
  • 3 sdm marjerin pelangi
  • 5 sdm susu pekat
  • 240 ml air

Teknik penyediaan:

  1. Masukkan air suam, gula dan yis dalam satu bekas. Kacau bagi sebati dan biarkan kembang dalam 10 minit. 
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat. 
  3. Ramas-ramaskan hingga menjadi seperti serbuk roti. 
  4. Kemudian masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung dan tambahkan air (ikut kesesuaian tepung). Uli hingga tepung sebati dan tidak melekat ditangan. lebih kurang 10 minit. 
  5. Timbang doh 40 gram dan bulatkan. 
  6. Bubuh inti dan bulatkan atas tapak tangan. lapikkan dengan kertas, boleh juga guna cup cake macam ni. 
  7. Biarkan doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung pada banyak yis yang digunakan dan faktor cuaca persekitaran). 
  8. Sedia untuk dikukus. Sebelum itu, panaskan dahulu kukusan dengan api yang sederhana hingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh. 
  9. Kukus selama 5 hingga 6 minit. Siap. 
  10. Inilah dia pau inti kacang merah. 

Mudah sahaja kan nak buat kuih pau ini? Lepas ni tak payah dah nak beli dekat luar. Lebih-lebih lagi kalau ada yang mempunyai ahli keluarga ramai. Beli sikit memang tak cukup, jadi apa kata untuk lebih jimat, buat sendiri sahaja di rumah.

Teknik penyediaannya juga cukup mudah. Sambil pejam mata pun boleh siap tau. Dapat pula yang gebu gebas, memang betul-betul puas hati. Jangan lupa kongsikan juga teknik penyediaan kuih pau ini kepada kenalan anda ya!

Selamat mencuba!

Kredit: Yong Anisah Yaacob

Baca juga: Ikuti Cara Mudah Ini Untuk Menjadikan Kek Pisang Anda Gebu & Sedap, Barulah Lebih Berselera!

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Premium WordPress Themes Free
free download udemy paid course
download coolpad firmware
Tags: kuihkuih paupauTeknik
ShareTweetSend

Related Posts

Sambal Kacang
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga

Ogos 17, 2022
0
Individu Ini Nasihat Orang Ramai
Info

Risiko Tinggi, Individu Ini Nasihat Orang Ramai Untuk Hati-Hati Sebelum Cuba Tiram Mentah

Ogos 17, 2022
2
Kopi Merdeka
Berita

Laung “Kopi Merdeka” 3 Kali, Tealive Bagi Kopi Percuma Buat Pelanggan, Boleh Tebus Terus Dekat Kaunter!

Ogos 17, 2022
241
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist