Bebola Tauhu atau juga dikenali dengan nama Tofu Balls merupakan hidangan ringan yang sedap, mudah serta mengenyangkan. Bebola ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga sangat menggemarinya.
Nak cuba buat Bebola Tauhu ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi yang dikongsikan oleh Norfazida Gda ini. Sekali rasa pasti jatuh cinta punya.
Resepi Bebola Tauhu Yang Mudah Serta Menyelerakan!
Bahan-bahan:
- 1 tiub tauhu telur | Hancurkan
- 200 gm daging ayam kisar
- 3 sb daun bawang/sup/sayur | dadu halus
- 2 sb serbuk roti @ bread crumb
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam/sulah
- 1 biji telur
- Serbuk roti untuk salutan
Cara Penyediaan:
- Campurkan tauhu, ayam kisar, daung bawang/daun sup/sayur, serbuk roti, garam dan serbuk lada. Gaul sebati.
- Bahagikan kepada doh-doh kecil. Kepal-kepalkan dan bentukkan membulat. Tidak apa jika ia melekat dan bentuk tidak cantik. Boleh dibentuk ketika disalut dengan serbuk roti nanti.
- Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Dalam pinggan sediakan serbuk roti untuk salutan.
- Rendam/celupkan doh bebola tadi ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti. Golek-golekkan doh sambil dibentuk menjadi bentuk bebola jika awalnya bentuk kurang cantik.
- Gorengkan doh bebola dengan minyak yang panas dan api sederhana sehingga perang keemasan. Toskan lebihan minyak.
- Boleh dihidangkan bersama sos cili atau pun mayonis. Siap.
Mudah sahaja kan nak buat Bebola Tauhu ini? Tambahan pula nampak sedap je. Kalau nak tahu betul ke tak rasanya sedap bolehlah cuba buat sekarang. Apabila dah cuba jangan lupa minta kenalan atau kaum keluarga korang pula cuba ya!
Selamat mencuba!
Kredit: Norfazida Gda Via BIKMM
Baca juga: Kalau Beli Mahal, Apa Kata Buat Sendiri Je Tauhu Sumbat Ayam. Ini Resepi Lengkapnya!