Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mi & Pasta » Resepi Bihun Goreng Singapore, Makan Bersama Sambal Kicap Memang Padu!

Resepi Bihun Goreng Singapore, Makan Bersama Sambal Kicap Memang Padu!

Kategori:
Bihun Goreng Singapore

Bosan hari-hari makan nasi? Jom tukar selera masak bihun goreng singapore ni pula. Memang sangat sedap lagi-lagi makan bersama sambal kicap, memang padu! Jom cuba resepi perkongsian oleh Zaky Mat Ali.

Resepi Bihun Goreng Singapore

Bahan kisar:

  • 3-4 biji bawang merah
  • 5-6 biji bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu udang kering
  • 2 inchi halia

Bahan lain:

  • 400 gram bihun. Saya guna jenama Faiza, bihun lembut dan tak mudah hancur.
  • Udang (dibuang kulit)
  • Isi ayam
  • Fish Cake
  • Daun kucai
  • Lobak merah
  • Cili
  • Garam/ Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, fishcake dan udang. Kacau sehingga masak kemudia masukkan garam dan gula sehingga secukup rasa.
  3. Masukkan bihun, lobak merah, kucai dan cili. Gaul sebati. Siap!

Selamat mencuba!

 

tags: