Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bihun Lada Hitam Yang Sedap & Ringkas Untuk Disediakan, Rasa ‘Kick’ Tak Boleh Lawan

Resepi Bihun Lada Hitam Yang Sedap & Ringkas Untuk Disediakan, Rasa ‘Kick’ Tak Boleh Lawan

Kategori: ,
BIHUN LADA HITAM

Bihun goreng merupakan sarapan pagi yang mudah dan sedap untuk disediakan. Sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak di sekolah dan para suami di pejabat, pelbagai bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menambahkan rasanya.

Antara resepi bihun goreng yang para ibu boleh cuba di dapur adalah bihun goreng lada hitam yang telah dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat mudah dan ringkas sahaja, bahan-bahannya juga sudah tersedia di dapur dan mudah didapati. Nak tahu caranya? Jom baca dengan lebih lanjut.

Resepi Bihun Lada Hitam Yang Sedap & Ringkas Untuk Disediakan, Rasa ‘Kick’ Tak Boleh Lawan

Bahan-Bahan

  • 1/2 bungkus bihun – dapatkan yang ini
  • 1/2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi ikut kepedasan
  • 2 sudu besar udang kering
  • Isi ayam atau bebola ikan
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Kicap (sukatan ikut suka)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
  • Sedikit air BIHUN LADA HITAM

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering sehingga lumat. BIHUN LADA HITAM
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. BIHUN LADA HITAM
  3. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi di dalam kuali yang telah dipanaskan.  BIHUN LADA HITAM
  4. Letakkan isi ayam atau bebola ikan dan goreng seketika. BIHUN LADA HITAM
  5. Letakkan sos tiram. BIHUN LADA HITAM
  6. Letak sedikit air untuk lembutkan bihun.
  7. Masukkan bihun. BIHUN LADA HITAM
  8. Tambahkan kicap dan garam sedikit, masak sehingga bihun menjadi lembut. Selagi tidak lembut, boleh tambahkan sedikit air. BIHUN LADA HITAM BIHUN LADA HITAM
  9. Tutup api dan bihun anda siap untuk dinikmati. BIHUN LADA HITAM

BIHUN LADA HITAM

Memang mudah sahaja resepi kali ini, kan? Ringkas dan sedap, keluarga anda tentu akan menggemarinya bila dicuba. Anda juga boleh meletakkan pelbagai jenis sayur untuk menyedapkannya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Noratiqah Nordin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Thai Yang ‘Ori’, Sedap Sangat Sekali Makan Memang Boleh Terbawa Dalam Mimpi

tags: | | |