Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Bihun Sup Utara Dan Sambal Cili Merah Yang Sedap Dan Padu. Semangkuk Tak Cukup, Confirm Tambah Lagi!

Ini Resepi Bihun Sup Utara Dan Sambal Cili Merah Yang Sedap Dan Padu. Semangkuk Tak Cukup, Confirm Tambah Lagi!

Kategori: ,
bihun sup utara

Bihun sup utara antara bihun sup yang terkenal di Malaysia. Siapa yang pernah ke Kedah, Perlis atau Pulau Pinang mesti pernah cuba bihun sup ini. Apa yang menjadikan bihun ini unik adalah bihunnya yang berwarna kuning dan sambal cili merah yang dihidang bersama. Tiada dua elemen ini maka tak menjadi la bihun sup utara anda.

bihun sup utara

Kalau anda teringin dengan bihun sup utara, tak perlu pun ke negeri Utara. Boleh saja ke dapur dan buat sendiri. Mudah saja! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh kak_t68. Sangat mudah dan lengkap!

Resepi Bihun Sup Utara Dan Sambal

Bahan-Bahan

  • Bihun
  • Serbuk kunyit
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Serai (dititik)
  • Rempah 4 sekawan
  • Sup bunjut
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan putih
  • Rempah kurma
  • Daging atau dada ayam
  • Kiub pati ayam
  • Batang daun sup
  • Bebola daging (optional)
  • Bebola ayam (optional)

Bahan-Bahan Sambal Merah

  • Cili kisar
  • Serbuk cili (dibancuh dengan air)
  • Pes asam jawa
  • Gula perang
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan

  1. Rendamkan bihun dengan air panas bersama serbuk kunyit. Bila dah lembut, toskan.
  2. Tumis serai dan rempah 4 sekawan. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga keperangan.
  3. Masukkan rempah bunjut, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan sedikit air. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan daging atau dada ayam yang dipotong besar-besar. Kacau rata dan goreng daging sekejap.
  5. Kemudian, masukkan air untuk kuahnya. Masukkan kiub pati ayam dan batang daun sup. Biarkan mendidih hingga daging empuk.
  6. Bila daging atau ayam dah empuk, angkat dan toskan. Dah sejuk, hiris daging nipis-nipis dan ketepikan. Sekiranya letak ayam, boleh carik-carik kan saja isi ayam.
  7. Akhir sekali, masukkan bebola daging atau ayam. Perasakan dengan garam secukup rasa. Renehkan seketika hingga kuahnya lengkap cukup rasa.
  8. Siap untuk kuah.
  9. Panaskam minyak dan masukkan kesemua bahan-bahan untuk sambal.
  10. Masak sehingga pecah minyak.
  11. Kemudian, masukkan sedikit air dan ulang masak lagi sekali sehingga sos menjadi pekat.
  12. Sambal dah siap untuk dihidang!

bihun sup utara

bihun sup utara

Memang mudah saja rupanya nak buat bihun sup utara ini. Lagi-lagi dengan sambal yang padu itu, ish! Memang kena lah dengan selera, semangkuk tak cukup ni.

Selamat mencuba.

Kredit: Instagram kak_t68

Baca Juga: Tak Pernah Cuci Periuk, Guna Kuah Sup Yang Sama Sejak 46 Tahun Yang Lalu Rahsia Menjadikan Mihun Sup Restoran Ini Laris

tags: |