Resepi Bihun Sup

Tercari – cari resepi mudah untuk masak ketika ada tetamu hendak datang ke rumah & pada masa yang sama tidak tahu hendak masak apa. Apa kata cuba resepi bihun sup ini. Bahan – bahan yang digunakan pun tak banyak. Lagi -lagi kalau ramai tetamu hendak datang tak payah pening-pening hendak masak banyak menu. Masak bihun sup jer senang, cepat, ringkas & mudah.

Bahan-bahan :

  • Bihun
  • 3 Sudu besar serbuk sup adabi
  • Ayam (di cincang)
  • Fishball & fishcake
  • Garam

Bahan Kisar :

  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Biji bawang merah

Cara Memasak :

  • Rendamkan bihun dengan air panas
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
  • Masukkan ayam, fishcake & fishball
  • Masukkan 3 sudu besar serbuk sup adabi sebelum itu campurkan dengan sedikit air
  • Kemudian masukkan air suam, sedikit garam & kacau seketika sebelum dihidangkan.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 43 times!)