Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Bubble Rice Choco Bar, Hanya Guna 2 Bahan Mudah

Resepi Biskut Bubble Rice Choco Bar, Hanya Guna 2 Bahan Mudah

Kategori:
Biskut Bubble Rice Choco Bar

Baru-baru ini, viral biskut raya 2 bahan (Almond Cluster). Kali ini, nak kongsi resepi biskut yang juga menggunakan 2 bahan sahaja iaitu biskut bubble rice choco bar. Pernah makan tak choco jar? Bubble rice sama yang digunakan untuk buat versi biskut ni. Gabungan bubble rice dan coklat memang tidak mengecewakan.

Resepi perkongsian oleh Sabariah Sareh Saad. Jom cuba!

Resepi Biskut Bubble Rice Choco Bar, Hanya Guna 2 Bahan Mudah

Bahan-bahan:

  • Bubble rice (rice krispies plain)
  • Milk chocolate coin Beryls

#Acuan petak tu optional boleh juga guna silicone molds atau paper cup ikut kreativiti masing2.

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat secara double boil.
  2. Gaul bubble rice dengan coklat yang dicairkan tadi sehingga rata. Kemudian letak dekat acuan.
  3. Tekan pembahagi loyang tu bagi terpisah semua adunan jadi bar.
  4. Kemudian tuangkan baki coklat sampai paras acuan tu bagi nampak padat.
  5. Simpan sekejap dalam peti ais bagi coklat mengeras.
  6. Tanggalkan loyang bar tu perlahan2. Kemudian simpan biskut dalam balang.

Senang kan?

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Biskut Raya Badam Coklat , Hanya Menggunakan 2 Bahan Tapi Rasa dia Wow!

tags: