Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Choc Chips Crunchy Yang Enak, Nak Buatnya Juga Sangat Mudah. Tak Cukup Sebalang!

Resepi Biskut Choc Chips Crunchy Yang Enak, Nak Buatnya Juga Sangat Mudah. Tak Cukup Sebalang!

Kategori: ,
resepi biskut choc chips crunchy

Biskut atau dalam bahasa Enggerisnya adalah cookies merupakan snack yang sangat enak dimakan ketika menonton televisyen atau melakukan apa sahaja. Selain famous amos, antara biskut yang paling digemari dan sangat mudah untuk dibuat adalah biskut Choc Chips Crunchy ini.

Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangatlah sedap. Sekali rasa terus jatuh cinta. Nak cuba buat biskut Choc Chips Crunchy? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Nor Azliza Mohamed ini. Memang mudah dan cepat!

Cara Buat Biskut Choc Chips Cruncy Yang Sedap & Menyelerakan!

Bahan A:

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 biji telur

Bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder
  • 3 sb minyak jagung/minyak masak

Bahan Lain:

  • 1 cawan choc chips

Cara Penyediaan:

  1. Kacau sebati semua bahan A.
  2. Kemudian masukkan bahan B satu persatu. Kalau lembik sangat tambah 2 sb gandum.
  3. Kemudian masukkan 1 cawan choc chips dan mana-mana kekacang yang anda suka.
  4. Cubit atau sudukan adunan dan susun atas loyang yang di alas baking paper.
  5. Jarak-jarakkan sikit sebab cookies akan mengembang bila proses baking tadi.
  6. Bakar dengan suhu 160C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven masing-masing ya.

Sangat mudah kan nak buat biskut Choc Chips Crunchy ini? Kalau tak pernah cuba buat biskut pun menjadi tau kalau ikut resepi ini. Yang penting jangan derhaka resepi ya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membaking sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

Baca juga: Ini Cara Mudah Buat Biskut Coklat Nestum Yang Crunchy, Sekali Rasa Nak Lagi

tags: | |