Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Kategori: ,
resepi biskut cornflakes madu

Resepi biskut cornflakes madu, resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan cornflakes dan madu sebagai bahan asas.

Bahan-bahan ( 50-60 biji ) :

  • 4 cawan Cornflakes
  • ¼ cawan madu
  • ¼ cawan mentega
  • Papercup secukupnya
  • Sprinkles sebagai hiasan
  • Ceri (sebagai hiasan – ikut suka)

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
  2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
  3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
  4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
  5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka.
  6. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.
tags: | |