Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Double Choc Chips Guna Sukatan Cawan, Confirm Sedap Ni!

Resepi Biskut Double Choc Chips Guna Sukatan Cawan, Confirm Sedap Ni!

Kategori:
biskut double choc chips

Jom cuba buat biskut double choc chips ni pula, tengok gambar pun dan terliur kan! Memang sesuai sangat dijadikan sebagai kudapan di hari raya. Nak makan depan tv sambil tengok cerita pun cun juga. Jom cuba!

Resepi Biskut Double Choc Chips Guna Sukatan Cawan, Confirm Sedap Ni!

Bahan A:

  • 1 cawan dan 1/2 cawan gula perang (gula kastor pun boleh)
  • 250g butter
  • 1 cawan penuh minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit garam (nak bagi naik lemak biskut tu)
  • 1 sdb susu cair (kadang2 sy letak susu tepung 1 sdb)
  • 1 sdb esen vanilla

Bahan B:

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt cream of tar tar
  • 3 sdb serbuk koko

Bahan C:

  • 1 cawan choc chips(letak lebih pun sedap)
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 cawan badam slice

Cara-cara:

  1. Satukan bahan A. Kacau sebati guna senduk.
  2. Masukkan pula bahan B. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula bahan C. Kacau sebati.
  4. Sudukan adunan dalam dulang pembakar (sy cubit2 ja adunan tu) tekan guna garfu.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar selama 15-18 minit (hingga masak) pada suhu 160-170C (ikut suhu oven masing2)api atas dan bawah.
  6. Peringatan penting, bila dah siap masak biskut tu memang lembut. Dah sejuk elok baru biskut tu elok keras dan rangup.

Kredit: Mariana Zainal

Selamat mencuba!

tags: