Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Kerisik

Resepi Biskut Kerisik

Kategori: ,
biskut kerisik

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa itu biskut kerisik kan. Biskut kerisik ialah biskut kelapa. Ia gunakan kelapa kering bukannya guna kerisik. Ianya mudah untuk dibuat. Apabila dimakan, ia ibarat cair di mulut.

Gunakan kelapa parut segar dan sagai sehingga keperangan untuk mendapatkan biskut kerisik yang harum semerbak. Kami sediakan resepi dan video untuk tatapan anda.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 80g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 300g tepung ubi kayu
  • 50g tepung gandum
  • 80g kelapa kering yang telah disangai kekuningan

Cara memasak:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan tepung ubi,serbuk penaik,tepung gandum dan kelapa kering.Uli hingga menjadi doh.
  4. Canai dan terap dengan acuan.Susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.

Selamat mencuba utuk anda semua.

tags: |