Tak perlu tunggu raya kalau kita nak buat biskut. Hari ini kami kongsikan kepada anda resepi biskut mentega kacang.

Bahan-Bahan :-

  • 125 g mentega
  • 100 g mentega kacang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80 g gula kastor
  • 50 g tepung jagung
  • 220 g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • kismis hitam(hiasan)

 

Cara membuat:-

  1. Pukul mentega,mentega kacang dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila dan gaul sehingga rata.
  3. Masukkan soda bikarbonat,tepung jagung dan tepung gandum.Sebatikan adunan.
  4. Ambil kismis dan letakkan di tengah acuan dan masukkan sedikit adunan,kemudian tekan padat.
  5. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.

 

Siap! Selamat mencuba.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 9 times!)