Biskut pandan gula melaka ini sangat sedap. Sekali ngap terus cair dimulut. Sedap sangat-sangat. Korang memang kena cuba, kalau beli dekat luar mahal. Buat sendiri lagi jimat.
BAHAN-BAHAN:
- 250gm butter Anchor|pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yg kita tekan tu tak mengembang
- 250gm tepung gandum
- 90gm brown sugar
- 2 sudu kelapa kering
- 1 sudu teh paste pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau epal
- secubit garam
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji kuning telur
CARA PENYEDIAAN:
- Dalam satu mangkuk , sebatikan butter & gula kemudian masukkan paste pandan dan pewarna kacau sebati kemudian masukkan tepung & 2 sudu kelapa kering putih kacau lagi hingga sebati
- Kemudian masukkan dalam paiping beg dan tekan pakai nozel mengikut kesukaan sendiri
- Tekan nozel buat satu bulatan sahaja. Agak2 sedang elok saiznya sbb bila di bakar nanti , biskut akan mengembang.
- Bakar suhu 160° dlm 15-20 minit mengikut oven masing-masing. Sejukkan & simpan di dalam bekas
Hiasan:
Hiaskan sebelum bakar
- Gula melaka sagat
- Kelapa parut kering
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: resipi dapur bidadari