Pernah terfikir tak untuk gunakan coklat Hershey’s Kisses sebagai ramuan kuih raya ? Khas untuk sambutan Hari Raya tahun ini, apa kata anda cuba resepi baru yang confirm lazat bercoklat dengan menggunakan coklat Hershey’s !
Bukan sahaja rupa kuihnya cantik molek, malah gabungan rasa coklat dengan kacang badam pasti bakal menambat selera tetamu yang bertandang di Hari Raya.
Jom kita cuba buat biskut raya Coklat Hershey’s !
Resepi Biskut Raya Coklat Hershey’s Yang Pasti Sedap
Bahan-bahan :
- 250 gram coklat Hershey’s Kisses Perisa Coklat atau Cookies and Cream
- 200 gram butter
- 75 gram (1/3 cawan) gula castor
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 220 gram (1 ¾ cawan) tepung kek
- 40 gram (1/3 cawan) susu tepung
- 30 gram (1/4 cawan) tepung jagung
- 25 gram (1/4 cawan) Hershey’s Special Dark Cocoa Powder
- 3 sudu kecil tepung beras
- Kacang badam hancur (almond nibs)
Cara-Cara Penyediaan
- Gabungkan butter, gula castor dan esen vanilla ke dalam mangkuk dan pukulnya selama 3 minit atau sehingga adunan gebu.
- Dalam mangkuk berasingan, ayakkan tepung kek, susu tepung, tepung jagung, tepung beras dan Hershey’s Special Dark Cocoa Powder.
- Gaulkan bahan-bahan kering tersebut dengan sebati. Kemudian, campurkannya ke dalam adunan mentega dan gula yang sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati kedua-dua adunan.
- Setelah digaul rata, cedokkan adunan menggunakan pencedok kecil bersaiz 2.5 cm atau apa-apa saiz mengikut citarasa.
- Golekkan dengan tangan supaya mendapat bentuk bebola. Bentukkannya sehingga habis semua adunan.
- Kemudian golekkan adunan yang sudah dibentuk di dalam almond nibs.
- Secara perlahan, tekankan bahagian tengah bola untuk dapatkan ruang melengkung. ruang ini akan kita gunakan untuk letak coklat Hershey’s.
- Bakarkan bebola yang sudah ditekankan pada suhu 150 C dalam ketuhar dalam masa 20 hingga 25 minit.
- Setelah siap dibakar, letakkan coklat Hershey’s pada lengkung yang sudah dibentuk tadi dan bakarkan lagi selama 2 minit untuk memastikan coklat Hershey’s melekat pada biskut dan cair di mulut.
Untuk buat biskut raya Hershey perisa susu, anda boleh gantikan Hershey’s Special Dark Cocoa Powder dengan susu tepung.
Dahlah cantik, rasanya pula confirm sedap ! Jadi tunggu apa lagi ? Jom kita cuba buat biskut raya dengan Hershey’s untuk sambutan Aidilfitri kali ini ! Selamat mencuba !
Kredit : Instagram nahlalrsl